Monday, March 5, 2007

Pakaian kaum Terbesar di Malaysia






Bagi kaum Melayu, busana Melayu tradisional seperti Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kebaya tetap anggun dan megah dipakai.Kaum Melayu terkenal dengan Baju Kebaya Labuh dan Baju Kurung dan kaum lelaki memilih Baju Melayu Cekak Musanghttp://blcat6220blogspot.com.my
Busana Kaum India
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Busana Kaum Cina
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=12&PHPSESSID=5f2a9b01075f811b74e6893a8230dddd

7 comments:

zezah said...

Lebih elok lagi kalau dilabelkan nama pakaian yang dipakai oleh kaum-kaum di malaysia.

prema said...

dapat mengenali pakaian kaum terbesar di malaysia dengan penerangan dan gambarnya sekali.
bagus.cuba lagi!

Unknown said...

Kalau ada pakaian kaum Sikh lagi bagus. Sebab kaum itu ialah kaum minoriti yang terkecil di Malaysia.

Asid Sulfurik said...

btol tu..sye perlukan semua maklumat untuk folio..tapi tidak mengapa..kerana ini pun sudah sedikit cukup untuk bahan2 nya~

eyaaisa said...

knplah orng sikh dia tidak popular..bukankah kita ini 1 malaysia????

yasmin nadhirah mohamad said...

thamks, ssebab benda ni berguna sangat

AinaMarhaini said...

kenapa tak letak label .? tpi nice ^_^ tak payah cari jauh 2